TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026
TUNTUTAN TUNGGAKAN NAFKAH: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN PELAKSANAAN PERINTAH MAHKAMAH
Mohd Hazwan Ismail, 2006
ISBN 978-629-491-296-0, 151 hlm., RM38.00
Dari sudut fiqah, buku ini menghuraikan pelbagai pandangan fuqaha’ daripada empat mazhab muktabar yang masing-masing mempunyai perbezaan pendapat berkenaan hukum dan pelaksanaan nafkah. Dari sudut undang-undang di Malaysia, kewajipan memberikan nafkah diperuntukkan secara jelas dalam akta, enakmen atau ordinan bagi setiap negeri. Berdasarkan peruntukan ini, apabila mahkamah mengeluarkan perintah nafkah terhadap pihak yang bertanggungjawab tetapi pihak tersebut gagal melaksanakannya dalam tempoh sebulan (sekadar tunggakan minimum), maka langkah penguatkuasaan undang-undang boleh diambil.
Buku ini menghimpunkan ulasan yang menggabungkan pandangan syarak berdasarkan kitab-kitab fiqah dengan peruntukan undang-undang dalam akta, enakmen atau ordinan setiap negeri. Selain membentangkan teori dan peruntukan undang-undang, buku ini turut menampilkan pendekatan praktikal berasaskan realiti pengendalian kes di mahkamah syariah. Perbincangan yang disusun secara sistematik ini membolehkan pembaca memahami bukan sahaja mekanisme penguatkuasaan undang-undang terhadap nafkah tetapi juga proses pelaksanaan dan cabaran sebenar yang dihadapi. Oleh itu, buku ini bukan sekadar bacaan ilmiah, malah sebuah panduan aplikasi yang relevan dengan keperluan semasa sistem kehakiman syariah di Malaysia.
Buku ini boleh dijadikan panduan berguna kepada para pengamal undang-undang seperti hakim syarie, peguam syarie, bailif dan agensi kerajaan khususnya Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, penggubal dasar, institusi kehakiman dan masyarakat umum dalam usaha bersama menegakkan prinsip keadilan serta melindungi golongan yang lemah dalam masyarakat.
Buku ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada wacana ilmiah dalam bidang perundangan syariah di Malaysia, khususnya dalam aspek penguatkuasaan perintah nafkah. Nafkah bukan sekadar kewajipan kewangan tetapi merupakan amanah syarak yang menjadi asas kepada kelestarian institusi keluarga dan kesejahteraan umat Islam secara keseluruhannya.