TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026 SEJARAH MASYARAKAT NUSANTARA: DINAMIKA IDENTITI, POLITIK DAN WARISAN

TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026
SEJARAH MASYARAKAT NUSANTARA: DINAMIKA IDENTITI, POLITIK DAN WARISAN
Editor: Mohamad Muzammil Mohamad Noor & Mohamed Ali Haniffa, 2026
ISBN 978-629-491-264-9, 293 hlm., RM42.00
Buku ini menghimpunkan kajian dan analisis yang mendalam tentang pembentukan identiti, perkembangan politik, serta warisan budaya yang membentuk landskap sosial rantau ini.

Matlamat penghasilannya adalah untuk memperkaya khazanah ilmu sejarah, khususnya dalam mengupas isu-isu dan idea baharu yang berkaitan pensejarahan Malaysia dan serantau.
Penulisannya menyoroti aspek sosiopolitik dan sosiobudaya yang signifikan, dengan memanfaatkan pelbagai perspektif berbeza yang segar dan kritis. Buku ini amat sesuai sebagai bahan rujukan untuk pelajar, penyelidik, ahli akademik dan pembaca umum yang ingin memahami sejarah Nusantara dalam konteks yang lebih luas, berpadu, dan berakar pada realiti sejarahnya.

Social Media
 

Contact Us

  ruziah@utem.edu.my
  +606-2701081
  Setiausaha, MAPIM

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Penolong Setiausaha, MAPIM

Secretariat

  nadzir@usim.edu.my
  +606-7988046
  Urusetia, Penerbit, USIM

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK