TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026
KONSEP DAN PENGURUSAN EFEKTIF TADBIR URUS KORPORAT
Azmi Mohd & Mohd Na’eim Ajis, 2026
ISBN 978-629-491-294-6, 119 hlm., RM35.00
Sejak kebelakangan ini, organisasi korporat kebanyakan negara mencadangkan penggunaan prinsip tadbir urus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pentadbiran organisasi.
Bagi mereka, tadbir urus yang baik ialah prinsip utama yang akan mewujudkan organisasi yang berakauntabiliti, telus dan efektif.
Buku ini menghuraikan perincian konsep yang berkait rapat dengan tadbir urus dan strategi pengurusan efektif dalam menghasilkan tadbir urus baik organisasi. Strategi-strategi pengurusan efektif dalam buku ini boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam usaha organisasi mengurangkan risiko yang boleh menjejaskan tadbir urus baik.
Buku ini amat sesuai sebagai rujukan penulisan kajian akademik berkait dengan tadbir urus dan pengurusan integriti pada masa akan datang. Di peringkat organisasi pula, buku ini sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan penilaian risiko integriti serta langkah-langkah mengurangkan risiko integriti dalam tadbir urus baik. Seterusnya, prinsip akauntabiliti, telus dan efektif dapat ditambah baik dan diperkukuh.