πππ”πŸπŸŽπŸπŸ”: πŒπ€π‘π“π€ππ€π“ π–π€π‘πˆπ’π€π πˆπ‹πŒπ” πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 ππ”πŠπ” 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

πππ”πŸπŸŽπŸπŸ”: πŒπ€π‘π“π€ππ€π“ π–π€π‘πˆπ’π€π πˆπ‹πŒπ” πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 ππ”πŠπ” 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀
Pesta Buku Utara 2026 (PBU26) kini kembali memeriahkan suasana membaca dengan mengangkat tema "Warisan Ilmu, Menyulam Peradaban" yang bakal berlangsung di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia bermula 25 hingga 29 April 2026. Penganjuran ini bertujuan menyemarakkan budaya membaca melalui pelbagai pengisian menarik yang menggabungkan elemen ilmu, kreativiti, dan warisan tradisi di sekitar kawasan perpustakaan tersebut.


Sepanjang tempoh lima hari tersebut, Perpustakaan Sultanah Bahiyah akan menjadi hab aktiviti utama dengan penyediaan reruai "PSB Chill & Chat" di Ruang Legar yang menawarkan pemberian buku percuma dan aktiviti Spin & Win. Selain itu, pengunjung boleh merasai keunikan "Lepak & Main: Edisi Kampung" di Lobi PSB yang mengetengahkan permainan tradisional seperti congkak, batu tujuh, dan sepak bulu ayam. Bagi memperkasakan aspek akademik, Makmal 1 PSB akan menghoskan Bengkel Pangkalan Data Akademik Berimpak Tinggi, manakala Auditorium 1 pula menjadi lokasi sesi Bicara Editor mengenai peluang kerjaya dalam bidang penerbitan.
Kemeriahan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah turut diperkukuhkan dengan penganjuran pelbagai pertandingan di lokasi khusus seperti Pertandingan Mewarna Batik Canting di Aras Bawah Bangunan Tambahan PSB dan Pertandingan Deklamasi Sajak di Sudut Sasterawan PSB. Di samping itu, kemudahan perkhidmatan awam turut disediakan melalui Kaunter Bergerak KWSP, LHDN, dan Tabung Haji di Ruang Legar PSB, manakala Program Menderma Darah pula akan diadakan di Academic Lounge, Bangunan Tambahan PSB.
Pesta ini tidak hanya terhad kepada aktiviti di dalam bangunan, malah turut dimeriahkan dengan Pasar Lokal @ Laman Niaga PBU26 di Dataran Perdana UUM yang beroperasi dari jam 8:00Β pagi sehingga 6:00Β petang. Majlis Perasmian PBU 2026 dijadualkan berlangsung pada 27 April di Pentas Utama PBU, sekali gus menjadikannya acara yang tidak boleh dilepaskan oleh warga kampus dan masyarakat setempat.

Social Media
Β 

Contact Us

Β  ruziah@utem.edu.my
Β  +606-2701081
Β  Setiausaha, MAPIM

Β  amirul@umk.edu.my
Β  +09-7717187
Β  Penolong Setiausaha, MAPIM

Secretariat

Β  nadzir@usim.edu.my
Β  +606-7988046
Β  Urusetia, Penerbit, USIM

Webmaster

Β Β hanif.i@umk.edu.my
Β  +609-7797585
Β Β Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK