BENGKEL TESIS KE BUKU PENERBIT UniSZA 2026.
Tarikh: 28–29 April 2026 (Selasa – Rabu) Masa: 8:30 pagi – 4:30 petang
Tempat: Dewan Auditorium Perpustakaan, UniSZA
Adakah anda mempunyai tesis yang berpotensi untuk diterbitkan sebagai buku? Inilah peluang untuk mempelajari prosesnya secara lebih tersusun dan praktikal.
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjemput para pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah untuk menyertai Bengkel Tesis ke Buku 2026, sebuah bengkel yang memberi pendedahan tentang bagaimana hasil penyelidikan akademik boleh diolah menjadi sebuah buku ilmiah yang berkualiti dan berimpak.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Puan Normala Mohamad Yusof, Perancang Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berpengalaman luas dalam bidang penyuntingan dan penerbitan ilmiah.
Sepanjang bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan teknik mengolah tesis kepada manuskrip buku, aspek bahasa dan penyuntingan, serta panduan penerbitan yang lebih sistematik.
Yuran Penyertaan
• Staf UniSZA – RM200
• Peserta luar UniSZA – RM300
Makan dan minum peserta disediakan.
Tempat adalah terhad.
Imbas kod QR pada poster atau hubungi:
Puan Siti Zakiah Ngah – 016-984 9356 untuk pendaftaran.
Boleh juga membuat pendaftaran melalui : https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdeokkOH0A.../viewform...
Marilah bersama memperkasa budaya penerbitan ilmiah dan menyebarluaskan ilmu demi manfaat masyarakat.