๐๐ฌ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ฌ ๐
๐๐ข๐ซ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐๐ข, ๐๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ค๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐ค๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐
ARF melabuhkan tirainya pada 31 Mei 2026 dengan kejayaan menghimpunkan penyertaan daripada 26 negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama perdagangan hak cipta dan hak penerbitan di rantau Asia.
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) memainkan peranan penting dalam membawa kandungan ilmiah dan akademik negara ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan 12 institusi penerbitan Malaysia dalam Asian Rights Fair (ARF) 2026.
Penyertaan 26 negara membuktikan keyakinan komuniti penerbitan global terhadap potensi Asia sebagai hab perdagangan hak cipta yang semakin berkembang, selain menjadi platform untuk mempromosikan karya, budaya dan penyelidikan negara masing-masing ke pasaran dunia.
Penyertaan MAPIM yang diwakili oleh penerbit-penerbit dari Sunway University, UniMAP, UTM, USIM, DBP, UMK, UUM, UM, ITBM, USM, UKM, UMS dan UPSI dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluaskan capaian kandungan Malaysia ke pasaran global. ARF 2026 membuktikan bahawa buku bukan sahaja medium penyebaran ilmu, malah instrumen penting dalam membina hubungan antarabangsa yang lebih harmoni dan berteraskan pengetahuan.