22 Disember 2023 l Putrajaya
Majlis Anugerah MAPIM-KPT Kali ke-14 berlangsung di Dewan Za’ba Kementerian Pendidikan Tinggi bermula pukul 9.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
Majlis ini dihadiri oleh lebih daripada 200 tetamu terhormat, termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Pengerusi MAPIM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pengarah/Ketua Penerbit, para penerima anugerah, dan wakil-wakil Penerbit yang merupakan aset penting dalam komuniti MAPIM.