HEBAHAN PENYERTAAN MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM) DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 yang bakal diadakan dari 24 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Dalam acara yang berprestij ini, kami akan mempamerkan lebih dari 3500 judul buku dan membawa lebih daripada 35,000 naskah untuk dijelajahi. Selain itu, terdapat juga 40 aktiviti perbukuan dan perkongsian ilmu yang telah disusun dengan teliti. Reruai penerbitan kami akan berada di Dewan Tun Razak 4, di mana pelbagai koleksi buku terkini dari pelbagai bidang ilmu akan dipamerkan.  
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan ke reruai kami untuk menikmati pelbagai tawaran menarik yang kami sediakan. Bersama-sama dengan kerjasama 22 penerbit ilmiah, kami bangga membawa anda ke satu-satunya Denai Ilmu yang istimewa, di Reruai MAPIM. Ini merupakan peluang unik untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan yang berkualiti dan bermanfaat. Kami mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menelusuri Denai Ilmu di Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Walaupun tempatnya masih sama, pengalaman kali ini pastinya akan berbeza.
 
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun istimewa sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024. Selain itu, sambil memilih buku, anda juga berpeluang untuk menyertai aktiviti perbukuan yang menarik di reruai kami.
 
"Mari bersama-sama menelusuri Denai Ilmu!"
 
 
Social Media
 

Contact Us

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Secretariat

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK