TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026 ASAS BAHASA MANDARIN I UNTUK PENUTUR BUKAN JATI

TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026
ASAS BAHASA MANDARIN I UNTUK PENUTUR BUKAN JATI
Tan Pin Wooi, Ang Wei Yin, Huang Jun & Ma Yin, 2026
ISBN 978-629-491-286-1, 208 hlm., RM35.00
Siri Asas Bahasa Mandarin 1 untuk Penutur Bukan Jati merangkumi tiga tahap. Siri buku ini disediakan khas untuk seseorang yang mempelajari Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua, termasuk orang Cina yang tidak mempunyai asas pengetahuan bahasa Mandarin dan juga para penutur bukan jati yang terdiri daripada kaum Melayu, India, dan lain-lain.

Siri buku ini bertujuan meningkatkan penguasaan komunikasi pelajar dalam bahasa Mandarin melalui pembelajaran kosa kata yang lazim digunakan dalam aktiviti seharian.
Siri buku ini direka khas agar menepati konteks sosial di Malaysia, di mana sesetengah kosa kata dan struktur tatabahasa yang lazim digunakan oleh Masyarakat Cina di Malaysia turut dimuatkan. Di samping itu, ia juga dilengkapkan dengan kosa kata yang terkandung dalam silibus Ujian Kompetensi Bahasa Mandarin (HSK) bagi tahap yang selari.
Topik pelajaran dalam tahap 1 dan tahap 2 berhubung rapat dengan kehidupan seharian manakala topik-topik pelajaran dalam tahap 3 meliputi situasi perniagaan seperti sesi temu duga dan perbualan di kaunter perkhidmatan hotel. Diharap pelajar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dalam masa singkat agar dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam konteks perbualan dengan masyarakat Cina di Malaysia.

Media Sosial
 

Hubungi Kami

  ruziah@utem.edu.my
  +606-2701081
  Setiausaha, MAPIM

  amirul@umk.edu.my
  +609-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  nadzir@usim.edu.my
  +606-7988046
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK