Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan bangganya mempersembahkan Pesta Buku Nogori USIM 2025. Pesta buku ini bakal menghimpunkan penerbit, penulis, pelajar dan pencinta buku dari pelbagai latar belakang.
-
Lokasi: Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
-
Tarikh: 4–7 November 2025 (Selasa- Jumaat)
-
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Pesta buku ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Pelancaran buku baharu
- Diskusi bersama penulis
- Jualan buku dengan harga istimewa
- Aktiviti interaktif untuk pelajar dan pengunjung
Jangan lepaskan peluang untuk menyemarakkan budaya membaca dan menyelami dunia ilmu di Pesta Buku Nogori USIM 2025. Jumpa anda di sana!