Liputan Hari Kesepuluh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Reruai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia : MAPIM.
Slot Repulika Merah yang diadakan adalah dari Penerbit UMPSA, Penerbit UUM dan lain-lain. Pengunjung yang hadir masih lagi bersemangat dan tidak melepaskan peluang menikmati tawaran “Happy Hour Sale” di Reruai MAPIM, Aras 4 Dewan Tun Razak 4. 2 Jun 2024 merupakan hari terakhir bagi PBAKL, akan tetapi masih ramai pengunjung yang masih bersemangat mengunjungi kami di Reruai MAPIM ini. Terima kasih kami ucapkan kepada pengunjung dan juga mapimrangers kerana telah memberi sokongan yang terbaik dan memeriahkan lagi suasana di Reruai Mapim ini.
Semoga kita dapat berjumpa lagi di PBAKL yang akan datang!!