Berita Harian Online, 25 November 2015

KUALA LUMPUR: Seramai 41 pihak industri buku tanah air termasuk pengarang, editor dan penerbit menerima pelbagai pengiktirafan sempena Anugerah Buku Negara 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Pengarang Sabah yang juga Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write), Jasni Matlani memenangi Anugerah Buku Umum Terbaik Kategori Sastera, manakala dramatis dan penyair Terengganu, Wan Ahmad Ismail meraih Anugerah Buku Umum Terbaik Puisi. Sementara itu, Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) pula mengungguli dua kategori, iaitu Buku Umum Terbaik Kategori Seni Kraf menerusi karya Seni Tembikar dan Buku Umum Terbaik Kategori Suntingan (Koleksi Peribahasa China Terindah).

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut menyempurnakan majlis perasmian Ekspo Buku Malaysia 2015. Sementara itu, Mahdzir berkata, pembangunan negara bangsa bergantung kepada keupayaan masyarakat menguasai pelbagai bidang ilmu yang hanya dapat direalisasikan melalui penerbitan lebih banyak buku dalam bidang bahasa, sejarah, kebudayaan, sains dan matematik. Beliau berkata, industri buku tanah air menunjukkan perkembangan sihat terutama wujudnya pelbagai inisiatif daripada institusi, penerbit dan pengarang. "Jika dilihat secara teliti banyak bidang ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam bentuk penulisan termasuk sains, dan matematik serta bahasa, sejarah dan kebudayaan. "Usaha sebegini amat penting dalam melonjakkan negara yang berlaku di negara maju seperti Perancis sehingga mereka berjaya menerbitkan begitu banyak buku dalam bidang sains dan teknologi," katanya. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan; Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Hasan Hamzah; Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Maizan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Penilai Anugerah Buku Negara 2015, Prof Dr Datuk Abdul Latiff Bakar. Anugerah Buku Negara 2015 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan tenaga di sebalik tabir industri perbukuan dan memberi suntikan semangat untuk menggalakkan penghasilan karya berkualiti. Ekspo Buku Malaysia yang diadakan sehingga Ahad ini, menawarkan pelbagai judul di 150 gerai jualan buku, selain turut menampilkan Persidangan Buku Antarabangsa.

Sumber dan Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/99958

 

ANUGERAH BUKU NEGARA 2015

Kategori: Anugerah Perdana

 

Bil

Kategori

Penerima

1

Tokoh Sejarawan

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

2

Anugerah Perdana Za’ba (Tokoh Linguistik)

Profesor Emeritus Dr. Hashim bin Musa

3

Anugerah Perdana Aminuddin Baki

Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin

4

Anugerah Perdana Munsyi Abdullah

Dato’ Dr. Nordin Abdul Rahman (ATONDRA)

5

Tokoh Penerbit Buku Negara

Datuk Ustaz Dr. Haji Zahazan Mohamed

6

Tokoh Buku Penyelidikan

Dato' Dr. Abd. Latif Mohmod

7

Tokoh Buku Industri Getah

Dr. Mohd Akbar Mohd Said

8

Tokoh Seni/Pelukis Negara

Mohd Yusof bin Ismail (Yusof Gajah)

9

Penerbit Terbaik (Agensi Kerajaan)

Penerbit Universiti Malaysia Sabah

10

Penerbit Terbaik (Swasta)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

11

Kedai Buku Terbaik

Borders Malaysia

12

Anugerah Perdana

Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

                                   

                                 ANUGERAH BUKU NEGARA 2015

                               Kategori: Anugerah Pengajian Tinggi 

 

Bil

Kategori

Penerima

 

1

 

Buku Ilmiah Terbaik

Judul: Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-kanak Autistik di Malaysia

Penulis: Norfishah Mat Rabi

Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM)

ISBN: 978-983-861-861-8

 

2

 

Buku Seni dan Kreativiti Terbaik

Judul: Masjid Pascamoden Malaysia

Penulis: Nangkula Utaberta, Aisyah Nur Handryant

Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM)

ISBN: 978-967-344-462-5

 

3

 

Buku Teknikal Terbaik

Judul: Pengaturcaraan Berstruktur C++

Penulis: Nor Hasbiah Ubaidullah, Jamilah Hamid, Saira Banu Omar Khan

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-49-0099-1

 

4

 

Buku Biografi Terbaik

Judul: Hasan Ahmad: Wira Bahasa yang Berwibawa

Penulis: Raja Masittah Raja Ariffin

Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM)

ISBN:  978-967-344-462-5                            

 

5

 

Buku Islamik Terbaik

Judul: Architecture and Society Some Lessons on Muslim Architecture from India

Penulis: Spahic Omer

Penerbit: IIUM Press, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

ISBN: 978-967-418-402-5

 

6

 

Rekabentuk Buku Terbaik

Judul: Modern Mosques in Malaysia: Between Regionalism and Eclecticism

Penulis: Wael A. Yousef Mousa

Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM)

ISBN: 978-983-861-618-8

 

 

                                             ANUGERAH BUKU NEGARA 2015

                                              Kategori: Anugerah Industri

 

Bil

Kategori

Penerima

1

Buku Umum Terbaik

(Kategori Bahasa)

Judul: Keunikan dan Keindahan Bahasa Al-Quran

Penulis: Dr. Mohd Zain Mohmood

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN:  978-983-46-1145-3

2

Buku Umum Terbaik

(Kategori Sejarah)

Judul: Dustur Wa Salatin (Perlembagaan dan Para Sultan)

Penulis: Dato’ Wira Dr. Hj. Khairil Annas Jusoh

Penerbit: Yayasan Penyelidikan Transformasi

Foundation of Research on Transformation (FORT)

ISBN: 978-967-12888-0-1                                              

3

Buku Umum Terbaik

 (Kategori Sains)

Judul: Pengurusan & Pemeliharaan Alam Sekitar dari Perspektif Islam

Penulis: Abu Bakar Yang

Penerbit: Penerbit IKIM

ISBN: 978-983-2636-93-9

4

Buku Umum Terbaik

(Kategori Ekonomi)

 

Judul: Strategi Jihad Bisnes

Penulis: Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-388-206-9

5

Buku Umum Terbaik

(Kategori Undang-Undang)

Judul: Al-Majallah (Panduan Syariah Institusi Kewangan Islam)

Penulis: Abd Jalil Borham

Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Pahang (UMP)

ISBN: 978-967-0691-02-2

6

Buku Umum Terbaik

(Kategori Sejarah Islam)

Judul: Islam dan Pluralisme Agama: Memperkukuh Tauhid pada Zaman Kekeliruan

Penulis: Khalif Muammar A. Harris

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-46-1924-4

7

Buku Umum Terbaik

 (Kategori Sains Islam)

Judul: The Influence of Islam Upon Classical Arabic Scientific Writings: An Examination of The Extent of Their Reference to Quran, Hadith and Related Texts.

Penulis: Ir. Dr. Muhamad Fuad Abdullah

Penerbit: Penerbit IKIM

ISBN: 978-983-2636-95-3

8

Buku Umum Terbaik

(Kategori Undang-Undang Islam)

Judul: Faraid Pembahagian Pusaka Dalam Islam

Penulis: Zahari Mahad Musa, Mushaddad Hasbullah

Penerbit: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ISBN: 978-967-440-122-1

9

Buku Umum Terbaik

(Kategori Sukan)

Judul: Bola Sepak: Pro & Kontra

Penulis: Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

Penerbit: RAZ Resources Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-12159-0-6

10

Buku Umum Terbaik

(Kategori Pendidikan)

Judul: Malaysian Public Higher Education Institutions: Efficiency and Productivity Changes

Penulis: Mad Ithnin Salleh

Penerbit: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

ISBN: 978-967-0480-79-4

11

Buku Umum Terbaik

(Kategori Penulisan)

Judul: Integrated Language Skills Writing

Penulis: Dr. Naginder Kaur & Noorazalia Izha Haron

Penerbit: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

ISBN: 978-983-47-1386-7

12

Buku Umum Terbaik

(Kategori Peradaban)

Judul: Sejarah Amalan Pengurusan Kewangan dan Perkembangan Praktik Perakaunan di Borneo Utara 1881-1963

Penulis: Rasid Mail, Raman Noordin, Md. Saffie Abdul Rahman

Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS)

ISBN: 978-967-0521-44-2

13

Buku Umum Terbaik

(Kategori Motivasi)

Judul: Enhancing Your Personal Q 

Penulis:  Henarath H.D.N.P. Oppatha & Lim Kong Teong

Penerbit: Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM)

ISBN: 978-967-0474-39-7

14

Buku Umum Terbaik

(Kategori Biografi)

Judul: Adibah Amin: Tak Kenal Maka Tak Cinta

Penulis: Zaleha Ahmat

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-49-0019-9

15

Buku Umum Terbaik

(Kategori Fotografi)

Judul: A Rail Journey - Behind Every Story, There’s a Station

Jurugambar: RedMedia

Penyunting: Hisham Harun, HIM Omni Multi Media

Penerbit: Rapid Rail Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-13101-0-6

16

Buku Umum Terbaik

(Kategori Khazanah Warisan)

Judul: Kimanis: Negeri Tua, Tanah Keramat

Penyunting: Baszley Bee Awg. Basrah, Eko Prayitno Joko, Zainuddin Baco

Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS)

ISBN: 978-967-0521-47-3

17

Buku Umum Terbaik

(Kategori Seni Kraf)

Judul: Seni Tembikar

Penulis:  Zainal Arifin Ahmad, Abdul Rashid Jamaludin, Muhammad Azwadi Sulaiman

Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM)

ISBN: 978-983-861-846-5

18

Buku Umum Terbaik

(Kategori Alam Semula Jadi)

Judul: Mud Crabs of Setiu Wetlands

Penyunting: Mhd Ikhwanuddin, Abol Munafi, Mohd Azmi Ambak

Penerbit: Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu

ISBN: 978-967-0524-77-1

19

Buku Umum Terbaik

(Kategori Kulinari)

Judul: Basics of Food Preparation

Penulis: Azrina Azlan

Penerbit:  Universiti Putra Malaysia Press (UPM)

ISBN: 978-967-344-398-7

20

Buku Umum Terbaik

(Kategori Travelog)

Judul: Cerita Cinta Ahmad Ammar

Penyusun: Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)

Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-86-0430-7

21

Buku Umum Terbaik     

(Kategori Kajian Warisan)

Judul: Keris Melayu Semenanjung Suatu Pengenalan

Penulis: Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad

Penerbit:Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM)

ISBN: 978-967-344-449-6

22

Buku Umum Terbaik

(Kategori Herba)

Judul: Herbs & Processing: Things to Know About Herbs & Processing

Penulis: Chong Gun Hean

Penerbit: Universiti Putra Malaysia Press (UPM)

ISBN: 978-967-344-454-0

23

Buku Umum Terbaik

(Kategori Seni Visual)

Judul: Pengarahan Filem

Penulis: A. Razak Mohaideen, Azhari Zain, Azlan Syah Rashid

Penerbit: Penerbit UiTM Press, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ISBN: 978-967-363-045-5

24

Buku Umum Terbaik

(Kategori R & D)

Judul: Polimer Terbiodegradasi

Penyunting: Sam Sung Ting, Nik Noriman Zulkepli, Mohd. Firdaus Omar

Penerbit: Penerbit UniMAP, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

ISBN: 978-967-5415-90-6

25

Buku Umum Terbaik

(Kategori Alam Sekitar)

Judul: Isu dan Undang-undang Alam Sekitar di Malaysia

Penulis: Shamsuddin Suhor

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-46-1552-9

26

Buku Umum Terbaik

(Kategori Teknikal)

Judul: Introduction to Medical Imaging   

Penulis: Zainul Ibrahim Zainuddin

Penerbit: IIUM Press, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

ISBN: 978-967-418-249-6   

27

Buku Umum Terbaik

(Bahasa Mandarin)

Judul:  Mari Belajar Mandarin

Penyunting:  Cheong Kar Mee

Penerbit: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

ISBN: 978-967-0257-45-7

28

Buku Umum Terbaik

(Kategori Suntingan)

Judul: Koleksi Peribahasa China Terindah

Penyusun: Goh Sang Seong

Penerbit:  Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM)

ISBN: 978-983-861-827-4

29

Buku Umum Terbaik

(Kategori Sastera - Puisi)

Judul:  Laut Karang

Penulis:  Wan Ahmad @ Wan Adnan bin Wan Daud (Wadi Leta S.A.)

Penerbit:  Peradaban

ISBN: 978-967-13012-1-0

30

Buku Umum Terbaik

(Kategori Sastera - Cerpen)

Judul: Pemburu Merpati

Penulis: Jasni bin Matlani

Penerbit: Iris Publishing & Distributors

ISBN: 978-983-3356-50-8

31

Buku Terjemahan Terbaik

(Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu)

Judul:  Memoir Ghazali Shafie (Penubuhan Malaysia)

Penulis: Tan Sri Ghazali Shafie

Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ISBN: 978-967-412-265-2

32

Buku Coffee Table Terbaik

Judul:  Melaka Wadah Tumpuan

Penulis:  Ruziah Ali, Fatonah Salehuddin

Penerbit: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

ISBN: 978-967-0257-38-9

33

Buku Kanak-Kanak Terbaik

Judul: Mari Membaca Lagi Tahap 1, 2 dan 3

Penulis: Halimah Badioze Zaman et.al

Penerbit: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

ISBN: 978-983-450-410-6, 978-983-471-144-3,

978-983-471-145-0

34

Rekabentuk Buku Terbaik

Judul: Dan Kembara Kuteruskan: Koleksi Puisi dan Lukisan Terpilih 42 tahun  (1973-2015)

Penulis: Mazlan Noor Along

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-49-0116-5          

35

Penerbit Ensiklopedia (Umum)

Judul: Malaysia 500 – Khazanah Insan Aset Negara (Jilid 1-20)

Penerbit: Arus Intelek Sdn.Bhd.

ISBN: 978-983-150-478-9

36

Novel Terbaik

(Fiksyen Sains & Teknologi)

 

Judul: Leksikon Ledang

Penulis: Nor Azida ishak & Fadli Al-Akiti

Penerbit: Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

ISBN: 978-967-612-7297

37

Novel Terlaris

Judul: Projek Memikat Suami

Penulis: Hanina Abdullah

Penerbit: Penulisan Enterprise

ISBN: 978-967-11208-2-8

38

Penulis Prolifik

Azizi Ali

39

Novelis Prolifik

Aisya Sofea

40

Novelis Harapan

Farah Husin

41

Editor Terbaik

Rohaida Baharudin

 

 

Mengenai MAPIM 

 

31

Ahli MAPIM

 

16

Ahli Lembaga

 

22 Mei 1997

Tarikh Penubuhan

 

25

Jumlah Program 2018

Berita Utama

Anugerah Buku Negara 2...

01 May 2018
Anugerah Buku Negara 2018

Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2018 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berlangsung pada 30 April 2018...

Anugerah Buku Negara 2...

05 June 2017
Anugerah Buku Negara 2016

  BANGI, 28 Dis (Bernama) -- Tiga buah buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpilih untuk menerima Anugerah...

Anugerah Buku Negara 2...

05 November 2016
Anugerah Buku Negara 2014

Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2014 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berlangsung pada 10 Disember dan...

Buku Naib Canselor UUM...

05 November 2016
Buku Naib Canselor UUM dilancarkan di Tokyo

05 Jul 2015 - Mingguan MalaysiaBUKU tulisan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr. Mohamed...

Anugerah Buku Negara 2...

05 November 2016
Anugerah Buku Negara 2015 iktiraf 41 pemain industri

Berita Harian Online, 25 November 2015 KUALA LUMPUR: Seramai 41 pihak industri buku tanah air termasuk pengarang, editor...

Hang Tuah akhiri hayat...

05 November 2016
Hang Tuah akhiri hayat di Palembang

KUALA LUMPUR: Penyelidikan terbaharu oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Hang Tuah menunjukkan jejak terakhir pahlawan Melayu...

«
»

Sertai Kami

Hubungi Kami

Urusetia

  arifin (@) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  +03.8921.3138
  Urusetia, Penerbit, UKM

 

Webmaster

 hamimi.mr (@) umk.edu.my
  +609.771.7192
  +609.771.7180
 Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK

    

 

Pautan Pantas