KUALA LUMPUR: Penyelidikan terbaharu oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Hang Tuah menunjukkan jejak terakhir pahlawan Melayu itu berakhir di Temasik (kini Singapura) pada tahun 1511 ketika berusia 80 tahun. Bagaimanapun, pahlawan itu mungkin berpindah ke Riau, Indonesia selepas itu, sebelum mengakhiri hayatnya di Palembang, disokong dakwaan penduduk di situ yang menemui kuburnya. Penemuan itu menimbulkan kemungkinan kubur Hang Tuah yang selama ini didakwa di Tanjung Keling, Melaka mungkin hanya makam peringatannya. Penyelidikan itu juga mengenal pasti Hang Tuah dilahirkan pada tahun 1431 dan mengesahkan kewujudannya melalui kajian empirikal yang pertama kali menggunakan sumber dan artifak luar negara, berbanding kajian sebelum ini berasaskan nukilan tempatan seperti Hikayat Hang Tuah. Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Dr Hashim Musa, yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun berkata, penemuan kubur perlu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Hang Tuah dengan tulang dari kubur berkenaan. Kajian turut menemukan bukti Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke Okinawa, Jepun selain kehebatan dan kekuatan Laksamana Melaka itu digeruni beberapa pihak, termasuk penakluk dari Portugal, Alfonso De Albuquerque.

DUA penulis buku Hang Tuah, Dr Rohaidah Kamaruddin (kanan) dan Profesor Emeritus Dr Hashim Musa (kiri) di Majlis Anugerah Buku Negara 2015. - Foto Mohd Yusni Ariffin

 

"Satu catatan peribadi pelayar itu menyatakan ketika menakluk Melaka pada tahun 1511, seorang laksamana lelaki berusia 80 tahun dengan reputasi hebat serta berpengetahuan berhijrah ke Singapura selepas kejatuhan Melaka. "Satu lagi catatan apotekari (ahli perubatan) Portugis yang berada di Melaka ketika itu, Tome Pires, menyatakan ketika Siam menyerang Melaka, Sultan Mansur Shah menghantar seorang laksamana dan berjaya menumpaskan 200 tentera Siam secara berseorangan. "Walaupun catatan itu tidak menyebut nama Hang Tuah, berdasarkan nama Sultan yang memerintah Melaka ketika itu membuktikan pahlawan Melayu itulah yang dimaksudkan," katanya. Beliau berkata demikian selepas pelancaran hasil penyelidikannya bersama Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr Rohaidah Kamaruddin melalui buku Hang Tuah: Catatan Okinawa, di sini, hari ini. Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sempena hari Anugerah Buku Negara 2015. Hashim berkata, pihaknya ke Okinawa bulan lalu bagi meneliti dan mengkaji sebilah keris luk sembilan yang ditemui pada tahun 2002 di Kuil Engakuji, dalam daerah itu. Pasukannya turut menemui dokumen rasmi 19 surat Empayar Ryukyu 'Rekidai Hoan' berkaitan perutusan antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan di bawah jajahan China ketika itu. Tiga surat dalam dokumen berkenaan ditulis sendiri oleh Hang Tuah. Hang Tuah ke Ryukyu (sekarang Okinawa) selama beberapa minggu bagi pihak Sultan Melaka untuk menjalin hubungan diplomatik selain berniaga. Surat Hang Tuah itu tertulis senarai hadiah yang dibawa bersamanya, termasuk keris berluk sembilan. Sementara itu, generasi ke-12 Hang Tuah, Ismail Mohamed Yaacob, 50, berkata penemuan itu membuktikan sejarah yang dipertikaikan sebelum ini bukanlah dongeng. "Saya sedia memberikan kerjasama dalam kajian membabitkan Hang Tuah bagi memudah serta mengukuhkan sebarang penemuan baharu," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100259

Mengenai MAPIM 

 

31

Ahli MAPIM

 

16

Ahli Lembaga

 

22 Mei 1997

Tarikh Penubuhan

 

25

Jumlah Program 2018

Berita Utama

Anugerah Buku Negara 2...

01 May 2018
Anugerah Buku Negara 2018

Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2018 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berlangsung pada 30 April 2018...

Anugerah Buku Negara 2...

05 June 2017
Anugerah Buku Negara 2016

  BANGI, 28 Dis (Bernama) -- Tiga buah buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpilih untuk menerima Anugerah...

Anugerah Buku Negara 2...

05 November 2016
Anugerah Buku Negara 2014

Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2014 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berlangsung pada 10 Disember dan...

Buku Naib Canselor UUM...

05 November 2016
Buku Naib Canselor UUM dilancarkan di Tokyo

05 Jul 2015 - Mingguan MalaysiaBUKU tulisan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr. Mohamed...

Anugerah Buku Negara 2...

05 November 2016
Anugerah Buku Negara 2015 iktiraf 41 pemain industri

Berita Harian Online, 25 November 2015 KUALA LUMPUR: Seramai 41 pihak industri buku tanah air termasuk pengarang, editor...

Hang Tuah akhiri hayat...

05 November 2016
Hang Tuah akhiri hayat di Palembang

KUALA LUMPUR: Penyelidikan terbaharu oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Hang Tuah menunjukkan jejak terakhir pahlawan Melayu...

«
»

Sertai Kami

Hubungi Kami

Urusetia

  arifin (@) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  +03.8921.3138
  Urusetia, Penerbit, UKM

 

Webmaster

 hamimi.mr (@) umk.edu.my
  +609.771.7192
  +609.771.7180
 Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK

    

 

Pautan Pantas