Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan Melalui Amalan Six Sigma
AKAN TERBIT SEMPENA PBAKL 2024
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN MELALUI AMALAN SIX SIGMA
Che Azlan Taib, 2024
ISBN 978-629-491-023-2, 279 hlm., RM45.00
Keefisienan sesebuah komputer bergantung kepada keupayaan pemprosesannya. Kecemerlangan institusi pendidikan pula bergantung kepada kekuatan sumber rujukannya, iaitu perpustakaan. Kepantasan dan kecekapan pemprosesan sumber perpustakaan pula bergantung kepada model sokong pengurusan perpustakaan. Isi kandungan buku ini meliputi teori dan aplikasi six sigma di perpustakaan. Buku ini menerangkan selok-belok berkaitan perpustakaan, sistem yang dinamakan pengurusan kualiti, tokoh-tokoh utama dalam kualiti, evolusi pengurusan kualiti, dimensi kualiti dan pengurusan kualiti di perpustakaan.
Turut diterangkan secara terperinci alatan kualiti bagi menyokong amalan six sigma. Buku ini dilabuhkan dengan satu persoalan berkenaan dengan hubungan antara six sigma dengan perpustakaan. Pembaca boleh berfikir dan terus membaca bahan-bahan bacaan yang lain bagi menambah pengetahuan dengan isu-isu semasa dan bagaimana isu-isu semasa di perpustakaan boleh diselesaikan dengan amalan six sigma khususnya dalam konteks kualiti.
 
Kunjungi UUM Press di PBAKL 2024
Reruai MAPIM
Dewan Tun Razak 4 (TR4)
Reruai UUM Press
TL21-TL24
Dewan Tun Dr Ismail
 
Social Media
 

Contact Us

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Secretariat

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK