Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Ke Reruai MAPIM
24 Mei 2024 | Kuala Lumpur
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang hadir ke reruai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) di sini malam tadi bagi melancarkan judul-judul terbaharu tahun 2023-24 terbitan 22 ahli-ahli MAPIM yang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
Selain itu, YBhg. Dato’ Seri juga sempat menyarankan dan berkongsi pandangan kepada ahli-ahli MAPIM untuk memperkasakan lagi industri buku akademik negara di pentas Republika Merah dan secara langsung menerusi Facebook Rasmi MAPIM.
Kunjungan YBhg. Dato’ Seri disambut baik Pengerusi MAPIM, Encik Azman Hashim, Timbalan Pengerusi MAPIM, Prof. Madya Dr. Siti Rahmah Awang, Pengerusi Pemasaran MAPIM, Encik Yusry Kamaruddin dan semua ahli-ahli MAPIM yang bertugas.
Terima Kasih YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.
 
Social Media
 

Contact Us

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Secretariat

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK